HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
 
 Huraian huruf  Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
 
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.
Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ).
g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal
Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a)                 Keadaan bibir hampar
(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Ikan
Bila
Tali
Ibu
Tiba
Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
·         Keadaan bibir hampar
·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    
·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   
·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Enak
Teleng
Tauge
Elok
Leher
Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Esa
Belek
Tauge
Enak
Belok
Tempe

(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Awan
Kadar
Siapa
Anak
Beras
Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
ubat
bulat
Batu
ular
sudu
Palu


(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Orang
Tolong
Pidato
Otak
Bohong
Koko


(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir hampar
(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Orang
Borong
Soto
Oleh
Bolot
Teko

(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  
(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Emak
Penat
Sosialisme
Empat
Tenat
Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan
Cara sebutan
bibir
Gigi-gusi
Lelangit keras
Lelangit lembut
Glottis
Letupan
P b
T d
-
K g
-
Letusan
-
-
C j
-
-
Sengau
M
N
(ny)
(ng) ŋ
-
Geseran
-
S
-
-
H
Getaran
-
R
-
-
-
Sisian
-
L
-
-
-
Separuh vokal
W
-
Y
-
-

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [p]
Bunyi konsonan [b]
1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut.
2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3.    Pita suara direnggangkan.
4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p].
 Cara membunyikan sama seperti membunyikan konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.
2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan mengetarkan pita suara.
3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].

Contoh perkataan:

Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [p]
Palu
Lapik
Atap
Konsonan [b]
Batek
Rabun
Adab
   
(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]
Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t]
Bunyi konsonan [d]
1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk menutup arus udara ke rongga hidung.
3.    Pita suara direnggangkan .
4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t].
Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.
2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [t]
Takut
Batas
Padat
Konsonan [d]
Dalam
Tanduk
Abad


(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [k]
Bunyi konsonan [g]
1.    Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara .
2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. 3.    Pita suara di renggangkan. 4.    Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5.    Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:
1.    Pita suara dirapatkan .
2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengetarkan pita suara.
3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [k]
Kala
Makan
Tamak
Konsonan [g]
Garam
Pagar
Dialog

                   
(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung
(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.
(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Anak
Saat
Lemak
Ikan
Rakyat
Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
Bunyi konsonan [č]
Bunyi konsonan [Ĵ]
1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3.    Pita suara direnggangkan.
4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.
6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č].
Cara membunyikan konsonan sama seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:
1.    Pita suara dirapatkan.
2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:
Huruf
Awal
Tengah
Akhir
Konsonan [č]
Cara
Laci
Koc
Konsonan [Ĵ]
Jala
Kanji
Kolej

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara di renggangkan.
(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara
(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:
Awal
Tengah
Akhir
Silap
Lasak
Pedas
Satu
Lesu
Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan.
(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Rapat
Tiram
Sabar
Rugi
Seram
Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:
(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan
(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara
(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Lagu
Tilam
Tebal
Lipat
Kelam
Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.
(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Macam
Teman
Ketam
Murah
Lumba
Badam
(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Naga
Tanah
Taman
Nilam
Panah
Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:
Awal
Tengah
Akhir
Ngilu
Bingka
Lalang
Ngeri
Rangkap
Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ ]. Cara membunyikannya:
(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung
(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara () seperti perkataan yang berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Nyaris
Banyak
-
Nyala
Senyap
-


(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a)  Bibir di bundarkan.
(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w].

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Waris
Kawan
Takraw
Wajar
Lawan
-


(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b)  Bibir di hamparkan.
(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].
(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut:

Awal
Tengah
Akhir
Yakin
Tayang
-
Yuran
Payah
-
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.



0

Add a comment

    Loading